Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

PENYANYI nasyid, Hafiz Hamidun menyerahkan jodohnya kepada Allah S.W.T selepas dia yang diakatakan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang gadis dari Indonesia tidak kesampaian apabila wanita itu sebenarnya sudah berpunya.

Berikutan itu, Hafiz telah mengambil sikap untuk mengunci mulut dari membuat sebarang kenyataan bagi mengelakkan timbul kontroversi.

Bagaimanapun, pelantun “Jodoh Berdua” itu memberitahu bahawa dia juga teringin untuk mendirikan rumah tangga berikutan umurnya yang kian meningkat.

“Umur saya sudah mencecah 30 tahun dan ramai dalam kalangan rakan-rakan saya sudah mempunyai keluarga dan anak.

“Namun, saya percaya pada jodoh dan ketentuan daripada Allah S.W.T,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Dalam perkembangan lain, Hafiz bakal muncul dengan album terbaru “Zikir Terapi Diri 3″ selepas kejayaan dua album terdahulu apabila album pertamanya mencatat jualan melebihi 200,000 unit melalui iTunes manakala album keduanya terjual lebih 60,000 unit dalam masa enam bulan.

Untuk album ketiga ini, Hafiz akan mempertaruhkan kolaborasi bersama artis Muslim kelahiran United Kingdom, Saif Adam.

“Alhamdulillah, tidak lama lagi saya akan memperkenalkan album “Zikir Terapi Diri 3″. Dalam album itu akan memuatkan 10 lagu kesemuanya.

“Satu daripadanya ialah lagu duet bersama Saif Adam dan saya turut menjalani sesi rakaman di London.

“Namun, saya tidak dapat bercerita lebih lanjut mengenai album ini kerana kebanyakan daripada tajuknya belum ada lagi.”

Sumber: Tupai

0 comments:

Post a Comment