Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 16, 2014

No Comment

KUCHING: Undang-undang jenayah Islam iaitu undang-undang hudud tidak akan dikuatkuasakan di negeri Sarawak memandangkan Sarawak mempunyai pelbagai jenis bangsa dan agama.

Ketua menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberi jaminan untuk kali kedua bahawa undang-undang hudud berkenaan tidak akan dilaksanakan di negeri terbabit dan memohon kepada Parti Tindakan Demokratik Sarawak  (DAP) agar berhenti memainkan isu berkenaan.

Bagi menjawab persoalan ADUN Ba’kelalan  Baru Bian pula, Adenan juga menegaskan tidak akan ada rampasan bible di negeri tersebut seperti yang terjadi di beberapa negeri lain sebelum ini.

Adenan turut menyatakan bahawa kerajaan negeri yang sedia ada sekarang akan memastikan semua kepentingan khas negeri Sarawak yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan terus dilindungi kepentingannya.

Segala cadangan sama ada untuk mengubah dan membuang mana mana perkara akan dibawa oleh kerajaan negeri dalam persidangan dewan untuk pendapat semua pihak bukannya dibuat sesuka hati.

Hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan juga berjaya selama ini bukan sahaja selaras dengan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia, tetapi juga mengikut semangat yang ada pada peruntukan perlembagaan yang telah digubal oleh pemimpin sebelum ini.

Sarawak mempunyai sesuatu keistimewaan tersendiri yang tidak dinikmati oleh negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dan rakyat haruslah menghargai dan menjaga keistimewaan tersebut sebaiknya katanya lagi.

Adenan berkata demikian pada ucapan pengulungannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-17 yang menamatkan persidangannya bagi penggal keempat hari ini.

Adenan pertama kali menyampaikan ucapan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima setelah menjawat jawatan berkenaan pada Mac lepas.

Sidang DUN Sarawak bermula 5 Mei lalu dan tamat hari ini.

Sumber: Awani

0 comments:

Post a Comment