Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment

Pastinya ramai yang sudah mengetahui pelancaran terbaharu program hiburan terbitan Astro hLive! yang akan bersiaran bermula 26 Mei depan.

hLive! merupakan program hiburan yang bersiaran pada setiap hari yang akan mengetengahkan pelbagai fakta menarik berkisarkan perkembangan seni artis tempatan.

Menurut Naib Pengerusi Bahagian Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, pengisian hLive! akan diselaraskan mengikut keperluan dan kehendak masyarakat terkini.

Antara barisan penyampai bagi hLive! adalah Datuk Aznil Nawawi, Dahlia Shazwan, Nabil Mahir, Elly Ariffin dan Alif Farhan.

Namun, ramai juga yang mengatakan konsep rancangan ini seakan meniru program E!News di saluran E!.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja episod pertama hLive! adakah ianya memberi satu nafas baharu dalam laporan hiburan tempatan?

Tunggu dan lihat!

Sumber: My New Hub / Oh Bulan

0 comments:

Post a Comment