Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

Pemandu kereta Perodua Kancil ini mungkin hendak membeli terus barangan di rak pameran apabila dia merempuh sebuah kedai di sebuah stesen minyak di Kampung Melayu di Johor Bahru.

Kejadian dikatakan berlaku pada pukul 10.15 pagi tadi melibatkan seorang pemandu wanita berusia 50-an.

Gambar berkenaan dipaparkan di akaun twitter Harian Metro hari ini.

Ia menunjukkan kereta itu melanggar pintu hadapan kedai sehingga pecah dan turut merempuh beberapa rak pameran jualan.

Kereta berkenaan juga mempunyai pelekat lesen memandu “P” di bahagian cermin belakangnya.

Tidak diketahui apakah yang menyebabkan kereta itu merempuh kedai berkenaan sehingga saat ini. 

Sumber: Harian Metro / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment