Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 10, 2014

2 comments


Sehari dua ini agak viral juga la dengan program PAY4SHARES.COM yang menjanjikan bayaran yang lumayan dan sebagainya dengan hanya kongsikan referal link di laman Facebook dan sebagai.

Apa yang SK ingin nyatakan di sini adalah jangan teruja apabila ia menawarkan wang yang besar dan mudah. Kebanyakan mereka ini adalah menipu bak kata omputih "It is too good to be true".

Pay4Shares.com bukanlah laman web baru yang menawarkan $25 pendaftaran bonus dan $10 setiap tugas atau kerja yang diberikan. Sebenarnya, terdapat banyak laman web yang mempunyai aliran yang sama di dalam transaksi perniagaan mereka. Iaitu, anda akan mendaftar.. kemudian berkongsi link rujukan anda dan mendapat bayaran (sebenarnya tidak dibayar).

Baiklah, bagi mereka yang sudah berkecimpung dalam applikasi tersebut, SK menasihatkan untuk STOP sekarang. Anda hanya membuang masa berkongsi link ke akaun sosial anda. Satu lagi ialah anda hanya akan mengganggu rakan-rakan anda. Perkara ini akan menyebabkan anda melakukan SPAM di lama sosial.

Biasalah apabila kita benar-benar terdesak untuk mendapatkan WANG, sebuah laman web penipuan akan muncul dimana kepandaian sosial kita pula RENDAH dan dengan itu kita akan ditipu. 

Sebaik-baiknya, kita perlu menyiasat dan penyelidikan laman web tersebut. Ini adalah data dari Online service yang menyediakan khidmat mengesan laman yang menipu.

Sebab mengapa Pay4shares.com penipu:

1. Tiada forum
2. Tiada CAPTHCHA
3. Ia tidak secure (No HTTPS)
4. Tiada bukti bayaran dari pengguna
5. Cara mendaftar sangat ringkas.
6. Statistik dan Testimoni yang begitu palsu.
7. Tugasan adalah kongsi link yang menjengkelkan.
8. Sebelum buat cashout anda perlu menjawab Survey.
9. Boleh mendatangkan bahaya kepada data2 peribadi anda.
10. Kurang maklumat dan Support Team.

2 comments:

  1. Agak benar web ini penipu. Kadar bayaran sangat tinggi dan tidak munasabah. Beri email palsu pun di terima. Memang palsu.

    ReplyDelete
  2. Adukan kepada SKMM.
    http://aduan.skmm.gov.my/

    ReplyDelete