PETALING JAYA – Polis mengingatkan orang ramai agar tidak membawa anak kecil hadir pada perhimpunan anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di Dataran Amcorp, hari ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, nasihat itu dibuat bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku.
“Kita juga ingatkan pengunjung yang datang supaya tidak membawa sebarang senjata. Sebanyak 400 anggota akan bertugas mengawal lalu lintas dan keselamatan sehingga perhimpunan ini selesai,” katanya kepada media, semalam.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin hadir ke majlis sambutan itu boleh menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) dan turun di Taman Jaya.
“Jalan yang akan ditutup sepenuhnya ialah Jalan Sultan,Jalan Timur serta persimpangan ke Lebuh raya Persekutuan. Mereka yang datang menggunakan kereta boleh meletakkan kenderaan di parkir MBPJ di Kompleks C berhampiran Hotel PJ Hilton,” katanya.
Difahamkan kira-kira 5000 orang dijangka menyertai perhimpunan terbabit yanhimpug dijangka bermula seawal jam 7 pagi.
0 comments:
Post a Comment