Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 15, 2014

No Comment
KUALA LUMPUR – Institut Rakyat, badan pemikir yang rapat dengan pembangkang hari ini membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membangkitkan ancaman humanrightisme dan sekularisme terhadap umat Islam di negara ini.

Pengarah Penyelidik institut itu, Yin Shao Loong menegaskan, jika Najib tidak senang dengan sekularisme dan humanisme, beliau sepatutnya membawa keluar Malaysia dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini kerana katanya, PBB merupakan penganjur utama hak asasi manusia di seluruh dunia.

Beliau merujuk kenyataan Najib ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuantan semalam yang membangkitkan mengenai fahaman sekularisme yang dilihat seolah-olah menjadi satu cabang agama baru yang amat pesat berkembang di dalam dan luar negara.

Menurut perdana menteri lagi, fahaman humanrightisme itu – rambu dan rencah utamanya berasaskan pemikiran humanisme dan sekularisme serta liberalisme.

“PBB mempromosikan Deklarasi Sejagat Kebebasan Hak Asasi yang menggariskan kebebasan bersuara, kebebasan beragama, keadilan sesama manusia, kebebasan untuk hidup, kebebasan keamanan dan keselamatan, keadilan undang-undang supaya dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan dengan adil, kebebasan untuk berhimpun dan bermacam-macam lagi “ancaman”,” kata Yin dengan sindiran.

Menurut Yin, Malaysia juga terlibat dalam mesyuarat Hak Asasi Manusia PBB di Geneva.

“(Najib) berpeluang menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia yang menekanan soal “ancaman baru” walaupun deklarasi itu wujud sejak 1948,” katanya dipetik Malaysiakini.

Politik Malaysia sentiasa dibayangi oleh penentangan golongan agama terhadap golongan yang memperjuangkan kebebasan mutlak termasuk desakan supaya menghalalkan hubungan sejenis dan kebebasan transgender.

Sebelum ini, pergerakan seperti Seksualiti Merdeka yang akrab dengan pembangkang serta disokong oleh aktivitis, S. Ambiga meminta supaya golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) diberikan kebebasan untuk mengamalkan kencenderungan masing-masing.

Sumber: New Malaysian Post

0 comments:

Post a Comment