Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

SEREMBAN - Rata-rata kedai runcit mahu pun pemborong di negeri ini tidak lagi menjual dua jenis produk Cadbury yang disahkan mengandungi DNA babi.

Tinjaun Sinar Harian semalam, mendapati semua coklat jenama tersebut sudah diasingkan dan dibungkus untuk tujuan pemulangan semula kepada agen coklat terbabit.

Menurut peniaga yang hanya mahu dikenali Tan, mereka sudah tidak berani menjual dua coklat berkenaan berikutan bimbang ditahan pihak berkuasa kerana menjual produk yang disahkan tidak halal kepada orang ramai.

“Sejak keluar di surat khabar kami sudah hentikan jualan dan mana stok coklat yang belum dijual lagi kita sudah simpan dan asingkan di tempat lain.

“Kita akan pulangkan semula kepada agen dan meminta produk coklat lain sebagai ganti,” katanya.

Sementara itu, di Rembau kesemua pasar raya kecil dan kedai runcit sudah menarik dua produk yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia mengandungi dna babi.

Bagaimanapun menurut seorang pekedai yang tidak ingin dikenali, rata-rata pengguna terutamanya pengguna Islam tidak lagi membeli produk Cadbury walaupun produk lain dikatakan bebas daripada dna babi.

Begitu juga di Tampin, pasar raya dan juga kedai runcit sudah mengasingkan produk berkenaan setelah pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Kesihatan.

Menurut seorang pekedai, yang dikenali sebagak Ismaik,  isu DNA babi berkenaan menyebabkan pembelian produk coklat menurun dan pengguna menukar produk coklat dari jenama yang lain.

Manakala di Kuala Pilah juga, rata-rata kedai dan pasar raya mematuhi arahan dengan menarik balik dua produk Cadbury terbabit, serta tidak menjual coklat berjenama itu.bagi mengelakkan perkara berulang kembali.

Di MELAKA, Tinjauan di beberapa lokasi di ketiga-tiga daerah termasuk stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam selain kedai runcit dan pusat beli belah di Ayer Molek, Bemban, Telok Mas, Ayer Keroh, Klebang dan Masjid Tanah mendapati pengusaha dan pemilik premis tidak mempamerkan lagi dua produk yang mengandungi DNA babi tersebut.

Pengusaha dan pemilik terbabit sudah dimaklumkan oleh pembekal mengenai isu coklat berjenama Cadbury dan bertindak mengasingkan produk mengandungi kacang hazelnut dan almond bagi mengelakkan pelanggan terkeliru dengan membeli coklat berkenaan.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment