KUALA LUMPUR – Kemaman, Terengganu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 106, manakala tiga kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana setakat pukul 7 pagi ini.
Menurut laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) kawasan yang mencatat IPU sederhana ialah Paka, Terengganu (53), Balok Baru, Kuantan (53), Nilai, Negeri Sembilan (53).
Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa
Sumber: Bernama
0 comments:
Post a Comment