Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

Polis telah menahan seorang bapa bersama dua anaknya bagi membantu siasatan kes rogol yang melibatkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh, Kelantan 20 Mei lepas.

Selain tiga beranak itu, 14 yang lain turut ditahan berkenaan kes itu, menurut laporan Bernama.

Persoalannya, adakah bapa dan dua anaknya itu terlibat dalam merogol mangsa secara bersama-sama atau hanya seorang daripada mereka terlibat.

Penangkapan tiga beranak itu pastinya menggemparkan rakyat Malaysia apabila mengetahui rentetan menyedihkan kes rogol yang pada mulanya dikatakan melibatkan 38 orang lelaki itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata tiga beranak yang berumur antara 15 hingga 38 tahun itu ditahan pagi semalam di sekitar bandar Ketereh.

“Anak beranak itu ditahan untuk membantu siasatan kes rogol itu dan terbaharu kita menahan seorang lagi lelaki berumur 20-an juga di sekitar Ketereh pagi Khamis.

“Pagi ini, seramai sembilan lelaki termasuk tiga beranak itu direman selama seminggu yang menjadikan keseluruhan direman adalah seramai 13 orang termasuk seorang gadis berumur 17 tahun semalam,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pasir Mas memetik laporan agensi berita itu.

Lai berkata seorang lagi suspek yang ditahan pagi ini akan direman esok.

Beliau berkata gadis yang direman semalam turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Baharu mendakwa dirinya dirogol dalam kejadian itu.

Polis kini sedang memburu saki-baki suspek yang terbabit dalam kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan, katanya.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Sementara itu, Lai berkata polis menahan seorang lelaki berumur 20-an kerana membelasah dua lelaki disyaki merogol adiknya yang berusia 12 tahun dalam satu kejadian di Tawang, Bachok, pada 24 Mei lepas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya.

Sumber: Mynewshub

0 comments:

Post a Comment