Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Kesatuan Pekerja-Pekerja Syarikat Penerbangan Malaysia (Masue) melahirkan kebimbangan terhadap spekulasi kemungkinan berlakunya pelan operasi semua bagi perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO).

Setiausaha Eksekutifnya, Mohd Jabarullah Abdul Kadir berkata, kira-kira 4,000 pekerja termasuk jurutera dan juruteknik yang bekerja di bawah perkhidmatan MRO tidak pasti mengenai nasib mereka selepas pelan itu dilaksanakan.

“Kami diberitahu bahawa pihak pengurusan atasan sedang menyediakan kertas kerja untuk menetapkan semula MRO MAS, tetapi keputusan itu belum dimuktamadkan lagi.

“Jika spekulasi itu benar, proses berkenaan akan memberi kesan kepada identiti MAS kerana MRO sentiasa menjadi komponen penting dalam syarikat itu,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Maseu merupakan kesatuan pekerja terbesar di syarikat penerbangan itu yang mendakwa mempunyai kira-kira 15,000 ahli daripada 20,000 tenaga kerja MAS.

Tambah beliau, pelan rangka semula operasi itu boleh merosakkan rekod penyelenggaraan keselamatan MAS hingga boleh melibatkan penjualan saham MRO MAS kepada entiti swasta lain.

“Kita mesti melihat perkara ini dalam knonteks yang luas apabila mereka memutuskan untuk merangka semula MRO. Semangat kakitangan MAS kini sudah menurun dan perkara ini pastinya mewujudkan suasana yang lebih buruk.

“MRO telah bersama MAS selama lebih daripada 46 tahun dan kami percaya bahawa ia harus terus menjadi sebahagian daripada syarikat penerbangan negara kita,” katanya.

Katanya lagi kepakaran MRO dalam isu penyelenggaraan diiktiraf di dalam dan di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu beliau menggesa pihak pengurusan MAS untuk menjelaskan sama ada akan pelan rangka semula bagi perkhidmatan MRO.

“Kami mempunyai pakar-pakar tempatan kita sendiri untuk menjalankan operasi penyelenggaraan justeru kita tidak mahu pelan rangka semula ini akan membawa lebih banyak masalah kepada MAS,” katanya.

MAS ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Sumber: mStart

0 comments:

Post a Comment