Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 8, 2014

No Comment

Los Angeles – Siapa tidak kenal Kim Kardashian. Wanita yang gilakan glamor dan sering menjadi tumpuan paparazi. Namun peliknya, kali ini dia tidak mahu perkahwinannya dengan Kanye West diperbesarkan.

Sebaliknya majlis perkahwinan itu akan dijalankan dengan privasi dan tidak akan difilemkan untuk ditayangkan di televisyen.

“Kami tidak akan menayangkan perkahwinan ini untuk rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians.

“Privasi adalah keutamaan utama kami,’’ katanya yang turut menafikan khabar angin bahawa dia dan Kanye sudah berkahwin.

Menurut Kim, jumlah mereka yang akan dijemput pada hari perkahwinannya juga tidak ramai dan senarai itu masih belum dikeluarkan.

Sebelum ini terdapat laporan bahawa Kim sedang bekerjasama dengan pereka fesyen Lanvin, Alber Elbaz untuk rekaan baju pengantinnya.

Malah Kim juga dilaporkan sudah memilih baju perkahwinannya.

0 comments:

Post a Comment