Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 8, 2014

No Comment

Butterworth – Seorang lelaki warga asing dipercayai menjadi mangsa samun dan bunuh sebelum mayatnya dibuang oleh penjenayah di Jalan Kelik, Permatang Pauh di sini, malam kelmarin.

Mayat dipercayai baru meninggal dunia itu ditemui berhampiran sebuah rumah pam air di tepi tali air oleh orang awam pada jam 7.40 malam sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu berkata, berdasarkan keadaan mayat, lelaki berkenaan dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di kawasan itu.

“Pemeriksaan mendapati kesan darah pada kecederaan di badan mangsa sudah kering dan kami tidak menemui titisan darah atau sebarang kesan kemungkinan berlakunya pergelutan di tempat mayat itu ditemui.

“Kami turut menemui beberapa kesan luka dan kecederaan pada badan mayat berkenaan dan ketika ditemui mangsa masih lengkap berpakaian dengan memakai baju kemeja jean dan seluar jean,” katanya. – myMetro Online

0 comments:

Post a Comment