Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

BEIJING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini memberi jaminan kepada kerajaan China dan waris penumpang MH370 dari negara itu bahawa Malaysia akan terus berusaha mencari pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Najib yang dalam rangka lawatan rasmi selama enam hari ke China, berkata usaha itu akan dilakukan Malaysia bersama China, Australia dan negara lain.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan rakan sejawatannya dari China, Li Keqiang, sebentar tadi.

Terdahulu, Najib diberi sambutan rasmi di Great Hall of People setibanya di Beijing petang tadi.

Sementara itu, Li Keqiang berharap Malaysia akan terus mengetuai siasatan kehilangan MH370 bagi melegakan ahli keluarga dan waris mangsa dari China.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment