Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 16, 2014

No Comment
Kumpulan penunjuk perasaan cuba merempuh anggota keselamatan yang berkawal di luar pangkalan tentera udara di Bangkok, semalam. Foto: EPA

BANGKOK - THAILAND. Ribuan penyokong antikerajaan, semalam menyerbu Akademi Tentera Udara Diraja Thailand dalam insiden protes terbaru untuk menggesa pegawai suruhanjaya pilihan raya dan Perdana Menteri sementara Niwattumrong Boonsongpaisan meletak jawatan.

Menurut Agensi, Pemimpin Jawatankuasa Reformasi Demokrasi Rakyat (PDRC), Suthep Thaugsuban berkata, mereka ke kem itu adalah untuk berbincang.

"Saya mahu berunding tetapi pegawai suruhanjaya pilihan raya dan Niwattumrong melarikan diri," katanya.

Sementara itu, di ibu negara Thailand kekecohan tercetus selepas sekumpulan lelaki bersenjata menaiki trak pikap melepaskan tembakan rambang ke arah kem penyokong antikerajaan berhampiran Monumen Demokrasi.

Pusat Kecemasan Erawan memaklumkan, dua pengawal dan seorang penyokong wanita maut manakala 18 lagi cedera.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment