Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment

KANGAR – Pasukan skuasy lelaki dan wanita Wilayah Persekutuan masing-masing meraih pingat emas dan perak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 di Gelanggang Skuasy, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar.

Dalam pertandingan akhir hari ini skuad lelaki negeri itu mudah mengenepikan pasukan Kelantan dengan mata 2-0. Ng Eain Yow terpaksa berhempas pulas menundukkan Mohd Syafiq Mohd Kamal dengan 11-4, 9-11, 9-11, 12-10 dan 11-7 mengutip mata pertama buat Wilayah Persekutuan.

Kemudian Mohd Amir Farhan Ampadi mengalahkan Mohd Fareez Izwan Mohd Mukhtar dengan straight set 12-10, 11-9 dan 11-5.

Jurulatih pasukan Kenneth Low ketika ditemui pemberita berkata beliau memuji semangat sepasukan yang ditunjukkan pasukannya pada final hari ini.

“Prestasi mereka lebih baik daripada acara individu. Saya tidak sangka pasukan lelaki meraih pingat emas kerana sasaran kita adalah final sahaja, pasukan Kelantan mempunyai pemain-pemain yang hebat.

“Ketika di gelanggang tadi, saya lihat pemain bermain habis-habisan, memang pertama kali saya lihat kesungguhan pemain, saya bangga dengan mereka,” kata Kenneth yang juga bekas pemain skuasy negara.

Dalam saingan penentuan pingat gangsa pasukan lelaki Sarawak mencatat kemenangan dengan mengenepikan Negeri Sembilan 2-1.

Dalam pada itu, hasrat pasukan wanita Wilayah Persekutuan untuk meraih pingat emas tidak kesampaian apabila tewas kepada Kedah dengan 1-2 pada final.

Kedah meraih kemenangan tersebut menerusi Nazihah Hanis Abd Razak dan Aika Azman. Nazihah mengalahkan Andrea Lee 11-4, 11-5, 11-13 dan 11-8 manakala Aika pula menundukkan Noor Ainaa Amani Ampadi dengan straigt set 11-3, 11-7 dan 11-4.

Pingat gangsa bagi berpasukan wanita diraih oleh Pulau Pinang yang menundukkan Selangor dengan mata 2-1.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment