Mozilla Firefox yang lebih dikenali sebagai Firefox adalah pelayar web yang boleh dimuat turun secara percuma.
Dibangunkan untuk Windows, OS X dan Linux, ia merupakan pelayar yang ‘wajib’ ada bagi sesetengah pengguna kerana kelebihannya yang sangat terperinci dan lebih efisyen berbanding pelayar web yang lain.
Sehingga Februari 2014, Firefox mempunyai kadar di antara 12 peratus ke 22 peratus pengguna di seluruh dunia, menjadikannya pelayar web ketiga paling popular.
Bagi para pengguna pelayar web Firefox, anda mungkin perasan Firefox 29 kini hadir dengan antaramuka Australis dan mempunyai pilihan bahasa Malaysia buat kali pertama.
Bersempena pengenalan Firefox berbahasa Malaysia ini, pihak Mozilla Malaysia menjadualkan sebuah acara pelancaran pada 10 Mei ini di GTower, Kuala Lumpur.
Bagi pengguna tempatan yang berminat untuk menyertai majlis tersebut, anda boleh mendaftarkan diri untuk acara #FirefoxKita. Ini adalah peluang untuk bertemu dengan para komuniti Firefox tempatan selain menyambut pelayar web sumber terbuka ini dalam bahasa kebangsaan.
Oleh: hzqahmd
0 comments:
Post a Comment