Sam Allardyce |
PENGURUS West Ham United, Sam Allardyce tidak menyembunyikan keinginannya untuk melihat kapten Liverpool, Steven Gerrard menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bagi merealisasikan hasratnya itu, Allardyce berjanji West Ham akan tampil dengan semangat juang tinggi untuk mengalahkan Manchester City pada perlawanan terakhir di Etihad, malam ini.
Peluang Liverpool menjuarai EPL bergantung sepenuhnya kepada keputusan West Ham dan City.
Andai City tewas dan Liverpool mengalahkan Newcastle United di Anfield, maka kejuaraan sah milik The Reds.
“Ramai mahu melihat Liverpool berjaya. Tetapi secara peribadi, saya ingin melihat Gerrard mengucup dan julang trofi EPL.
“Dia menyarung jersi Liverpool sepanjang kariernya, jadi dia memang layak untuk mendapat penghormatan sebagai juara.
“Apa pun, saya akan cuba bantu Gerrard untuk mencapai impiannya dengan mengalahkan City.
“Saya tahu ia sukar, tapi dalam bola sepak segalanya tidak mustahil,” ujar Allardyce.
Sumber: Sinar
0 comments:
Post a Comment