Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment


APAKAH sejarah 1992 dapat diulangi kembali pasukan badminton negara menjelang pertembungan akhir dengan Jepun pada kempen Piala Thomas di New Delhi, India hari ini.

Kelmarin, Datuk Lee Chong Wei dan rakan-rakannya membuktikan semangat melawan Malaysia belum padam apabila melakar kejutan menewaskan Indonesia 3-0 di separuh akhir.

Kini, peluang kembali beraksi di pentas final sejak 12 tahun lalu jangan harus dipersia-siakan begitu sahaja jika tidak mahu episod kegagalan lalu berulang.

Namun, sukacita diingatkan bahawa berdepan Jepun yang dibarisi Kenichi Tago, Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo. Kento Momota satu lawan liat yang perlu dihadapi kem negara.

Apa tidaknya, mereka menyingkirkan juara bertahan, China di peringkat separuh akhir dan dijangka mampu mencipta kejutan terbesar menjulang trofi buat pertama kali dalam sejarah andai menewaskan pasukan Malaysia.

Begitu pun, Chong Wei melaungkan amaran tekad saji permainan terbaik untuk tamatkan badi tanpa gelaran 22 tahun.

“Kita akan melakukan yang terbaik di pentas final,” katanya.

Dalam pada itu, Tan Boon Heong berkata keyakinan dirinya bertambah selepas mengalahkan beregu terbaik dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.

“Semangat kita memang cukup bagus.

“Walaupun kami ada keyakinan sekarang tetapi kami perlu lebih bersedia untuk berdepan dengan Jepun,” katanya.

Jika rekod pertemuan Malaysia dan Jepun menjadi ukuran, pasukan negara memegang kelebihan 3-1 ke atas negara Matahari Terbit itu.

Namun Jepun, yang menunjukkan peningkatan sangat ketara di bawah bimbingan Park Joo Bong mengejutkan pasukan negara pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Kuala Lumpur pada 2010.

Kali terakhir Malaysia layak ke perlawanan akhir adalah di Guangzhou 2002, di mana kita tewas 2-3 kepada Indonesia.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment