LJUBLJANA – Perdana Menteri Slovenia, Alenka Bratusek sah meletakkan jawatan, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya lebih awal bagi negara kecil dalam Kesatuan Eropah itu.
Bratusek menghantar surat peletakan jawatannya itu kepada speaker parlimen hari ini selepas mengumumkan pengundurannya sebelum itu.
Berusia 44 tahun, pakar kewangan itu menyertai politik ketika zon ekonomi Eropah mengalami krisis.
Beliau sebelum ini kalah dalam pemilihan ketua Parti Positif Slovenia kepada Datuk Bandar Ljubljana, Zoran Jankovic.
Bratusek berkata, beliau tidak boleh memimpin kerajaan tanpa sokongan daripada parti. – AP
0 comments:
Post a Comment