Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

TOKYO – Polis bandar raya ini melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang didakwa melontar air kencingnya menyasarkan wanita muda.

Setakat ini, enam laporan diterima membabitkan lelaki berkenaan.

Kes pertama dilapor berlaku pertengahan April di utara Tokyo apabila lelaki berkenaan melontar cecair ke atas seorang wanita di jalan raya, lapor akhbar Asahi Shimbun.

Polis merumuskan cecair itu air kencing selepas meneliti warna dan ciri-cirinya.

Sejak itu, menurut sumber, lima kes yang sama dilapor berlaku di sekitar kawasan berkenaan.

Polis tidak menolak perbuatan itu dilakukan oleh suspek yang sama, katanya.

Mangsa yang terdiri daripada remaja dan wanita dalam lingkungan usia 20-an berkata, suspek yang memakai topi keledar itu menyimbah cecair itu pada muka dan bahagian atas badan mereka.

Sumber: AFP / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment