Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, May 30, 2014

No Comment
GABENOR Makkah, Putera Mishaal Abdullah ketika mengambil bahagian
dalam upacara pembersihan Kaabah. - Foto Arab News
MAKKAH: Polis Makkah hari ini menafikan khabar angin yang tersebar meluas di laman media sosial bahawa tiga jemaah terbunuh dalam kejadian rempuhan di Masjidil Haram, semalam. 

Pegawai tempatan mengesahkan hanya empat orang cedera selepas mereka terperangkap dalam rempuhan itu. 

“Tiga daripada mereka - semua wanita - dirawat di tempat kejadian dan mangsa keempat sudah dikejarkan ke hopsital berhampiran untuk rawatan lanjut,” kata jurucakap polis Makkah, Aati Al-Qurashi. 

Menurut pegawai lain, lelaki berkenaan mengalami pendarahan di kepala. 

Beliau berkata, sebaik saja pintu Kaabah dibuka untuk upacara pembersihan, sekumpulan jemaah meluru ke pintu Kaabah bagi mendapatkan gambaran bahagian dalam Kaabah. 

“Ketika itulah lelaki berkenaan terjatuh,” katanya. 

Terdahulu, Gabenor Makkah, Putera Mishaal Abdullah juga mengambil bahagian dalam upacara pembersihan Kaabah itu. 
Kaabah dicuci dari dalam dua kali setahun pada bulan Muharram dan Shaaban, iaitu bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah. - Arab

Sumber: Arab News / BH Online

0 comments:

Post a Comment