![]() |
| Gareth Bale mahu catat gelaran ke-10 buat Madrid dalam kejohanan Liga Juara-Juara. |
PEMAIN sayap Real Madrid, Gareth Bale membantah tanggapan bahawa pasukannya kini terlalu terdesak untuk muncul juara Liga Juara-Juara bagi meraih gelaran ke-10 dalam sejarah kelab tersebut.
Bagi Bale, gelaran Liga Juara-Juara bukan satu obses buat skuad Los Blancos, sebaliknya kesemua pemain pasti bersemangat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah tersebut.
"Gelaran tersebut bukan satu obses buat kami. Jika anda bertanya mana-mana pemain di dunia ini, tentu menjuarai Liga Juara-juara adalah impian mereka.
"Kami tak terdesak, cuma mahu tercatat dalam sejarah Madrid," katanya.
Dalam perlawanan final nanti, Madrid bakal dicabar oleh seterunya, Atletico Madrid di Lisbon Ahad ini.
Gareth Bale mahu catat gelaran ke-10 buat Madrid dalam kejohanan Liga Juara-Juara.
Sumber: Sinar Online
.jpg)
0 comments:
Post a Comment