Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 11, 2014

No Comment

DUNGUN – Tindakan seorang pelayan pusat karaoke menjadikan sebuah bilik rumah sewa kakak angkatnya di taman perumahan kos rendah, dekat Taman Rakyat, di sini, tempat memadu asmara bersama teman lelakinya membawa padah apabila port maksiat mereka diserbu pihak berkuasa, pagi semalam.

Pasukan polis D7, dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daerah diketuai Inspektor Mohd Ridhwan Ismail melakukan serbuan keatas rumah terbabit sering dikunjungi individu mencurigakan, dipercayai golongan penagih.
Satu operasi khas telah diatur dan hasil dari serbuan itu, tiga suspek berjaya ditahan di bahagian dapur, selain penemuan lebih 33 pil disyaki dadah jenis methapethamine dalam poket salah seorang daripada mereka.

Hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik bersebelahan menemui seorang lelaki berada dalam keadaan bogel sedang tidur atas tilam bersama teman wanitanya, yang difahamkan hanya memakai seluar dalam tanpa coli.

Mereka yang bukan muhrim dan pasangan yang masing-masing berusia 20 tahun itu difahamkan sering menjadikan rumah terbabit lokasi memadu asmara selain melepaskan gian dadah.

Penemuan tiga balutan syabu bersama 40 pil dipercayai dadah methapethamine di atas tilam menguatkan dakwaan ia milik suspek lelaki yang menjadi buruan polis kerana disyaki pengedar dadah, selain ujian saringan air kencing juga mendapati dia positif methapethamine.

Bagaimanapun pasangannya yang didapati negatif dan tidak terlibat dengan dadah dilepaskan dengan jaminan polis.

Suspek lelaki yang beralamat di Kampung Balai Besar, kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah berbahaya 1952, dan kekasihnya saudara “baru” yang baru memeluk Islam diserah kepada pihak penguat kuasa syariah untuk tindakan lanjut.

Tiga suspek lain yang turut ditahan di rumah sama akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pengesahkan tangkapan telah diterima dari Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub.

Sumber: New Malaysian Post

0 comments:

Post a Comment