Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, May 25, 2014

No Comment
Kesebelasan utama Red Giants menentang JDT, semalam.
SEAKAN menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia, Selangor bertemu Johor Darul Ta'zim apabila Stadium Shah Alam dibanjiri kehadiran kedua-dua penyokong seawal jam enam petang.

Perlawanan bermula garang pada 10 minit awal, namun akibat beberapa insiden kekasaran pengadil terpaksa melayangkan empat kad kuning.

Akibat kelekaan benteng JDT, Paulo Rangel hampir membuka jaringan pada minit ke-23, namun tandukkannya tersasar.

Pemain sayap The Red Giants, Andik Vermansyah hampir memecah kebuntuan apabila berjaya menggelecek tiga pertahanan JDT tetapi sepakannya melambung tinggi pada minit ke-43.

Dua minit masa tambahan yang diberikan oleh pengadil keempat mencemaskan kedua-dua penyokong apabila pertahanan Selangor, Shahrom  Abdul Kalam tertampan bola ke gawang sendiri mujur terkena palang gol.

Sejurus selepas itu, Selangor melancarkan serangan balas yang pantas melalui Andik tetapi menemui kebuntuan apabila Izham Tarmizi berjaya menampan.

Bersambung babak kedua perlawanan, Selangor mempamerkan corak permainan yang pantas tapi Luciano Figueroa gagal menamfaatkan hantaran Jorge Pereyra Diaz apabila muda dibaca Farizal Marlias.

Pada minit ke-52, 'lipas kudung' Selangor, S Kunanlan hampir menewaskan penjaga gawang JDT namun sepakannya sedikit tersasar.

Farizal akhirnya tertewas pada minit ke-70 apabila Figueroa berjaya memperdayakan dengan melambung bola melintasi badannya untuk gol pertama perlawanan.

Tersentak dengan jaringan, jurulatih Selangor mengambil keputusan untuk mengeluarkan kapten pasukan, Bunyamin Umar dan membawa masuk penyerang.

Pada akhir perlawanan, kekecohan berlaku apabila JDT sengaja memperlahankan rentak perlawanan.

Walaupun tewas 1-0 di tangan JDT, Selangor masih mengungguli persada liga super dengan mengutip 34 mata.

Sumber: Sinar Online

0 comments:

Post a Comment