Peminat sememangnya mengetahui kedua-dua selebriti ini memang berkawan baik sebelum ini.
Namun, entah apa puncanya hubungan Selena Gomez dan Taylor Swift kini dikatakan semakin berantakan.
Menurut sumber Hollywood Life, Selena dikatakan sudah tidak lagi mengikuti Taylor di laman sosial kerana merasakan rakannya itu seorang yang membosankan.
Selain itu, sumber turut menambah, Selena tidak gemar dengan sikap Taylor yang sentiasa mencampuri hal percintaannya dengan Justin Bieber yang kini dikatakan sudah kembali terjalin, baru-baru ini. – Mynewshub
Oleh: Audre Lee
0 comments:
Post a Comment