Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Tarikh perhimpunan agung Umno tahun ini dipinda kepada 25 hingga 29 Nov, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

Tarikh asal perhimpunan dijadualkan pada hujung Oktober.

Beliau memaklumkan bahawa perhimpunan lima hari itu akan bermula dengan taklimat presiden pada 25 Nov dan diikuti dengan perasmian perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada sebelah malamnya.

Perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan berlangsung pada keesokan harinya, 26 Nov.

“Persidangan perhimpunan agung Umno 2014 pula akan bermula pada 27 Nov dan berakhir pada 29 Nov,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment