Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 26, 2014

No Comment

New Jersey – Apabila David Good ditanya mengenai ibunya ketika kecil, David Good memberikan jawapan mudah bahawa ibunya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Hakikatnya, ibunya masih hidup namun dalam kehidupan yang berbeza dan terpencil. Dia hidup dengan berkaki ayam, tidak berbaju, menggunakan kayu untuk menindik muka dan makan ulat serta mengejar babi hutan untuk dijadikan hidangan.

Ibunya, Yarima bukan jenis wanita bandar yang hidup moden sebaliknya berasal dari puak primitif Yanomami yang menetap di dalam hutan tebal di Amazon.

David juga tidak dapat melupakan bagaimana dia melihat gambar ibunya itu di Muzium Sejarah ketika berusia 10 tahun.

Dia adalah anak sulung daripada tiga beradik oleh pasangan Yarima dan seorang profesor Kenneth Good, yang berjaya meneroka primitif Yanomami lebih 30 tahun lalu hinggakan dianggap sebahagian daripada kumpulan itu.

Kenneth dikahwinkan dengan Yarima dan wanita itu dibawa balik ke Amerika Syarikat.

Namun Yarima sukar menerima kehidupan moden di Amerika Syarikat dan terpaksa mempelajari bahasa Inggeris, takut melihat kenderaan dan menyangka kereta adalah haiwan ganas.

Sebaliknya dia sukakan kesesakan jalan raya, rantai tangan dan filem aksi.

Bagaimanapun ia masih menjadikan Yarima terpencil dan akhirnya pada 1991, ketika Kenneth membawa semua anggota keluarganya pulang ke Venezuela, Yarima membuat keputusan sukar untuk kembali menetap bersama puaknya dan meninggal anak serta suaminya.

Sementara David pula, hanya selepas 19 tahun, barulah dia bertemu semula dengan ibunya dan mengunjungi wanita itu.

Dia terpaksa melalui sungai Orinoco dengan menggunakan khidmat pemandu arah dan jurubahasa untuk masuk ke dalam hutan tebal di Amazon.

Tidak semua orang dapat sampai ke sana kerana tempat di mana Yarima menetap terpencil jauh daripada kehidupan moden.

Sumber: BBC / My News Hub

0 comments:

Post a Comment