KUALA TERENGGANU – Keadaan di Terengganu adalah terkawal dengan orang ramai menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Jamshah Mustapa.
Beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang insiden yang tidak diingini susulan perkembangan politik semasa yang berlaku di negeri ini.
Suasana di sekitar kediaman Menteri Besar Datuk Ahmad Razif yang baharu dilantik Isnin malam, di Seberang Takir dan Istana Syarqiyyah turut tenang.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib mengistihar keluar dari Umno awal Selasa dan menjadi Adun Bebas, diikuti Adun Bukit Besi, Roslee Daud.
Sumber: Bernama
0 comments:
Post a Comment