Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, May 13, 2014

No Comment

GARA-GARA tersilap langkah sewaktu bersilat ketika menjalani sebuah penggambaran Jumaat lalu, penyanyi dan pelakon Shah Indrawan Ismail atau Tomok, 30, terpaksa ditahan di wad hospital kerana patah dua jarinya.

Pada mulanya, dia menyangka jari telunjuk dan manisnya hanya terseliuh, namun ia makin membengkak dan sakit, memetik Harian Metro.

Pemeriksaan doktor akhirnya mendapati dua jari itu patah dan dia kemudiannya perlu menjalani rawatan bagi mengubati kecederaannya itu.

Bagaimanapun, Tomok tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kejadian itu.

Sebelum ini, pelakon Yana Samsudin juga pernah terseliuh hingga terpaksa didukung sewaktu penggambaran di luar negara.

Apapun, itulah lumrah yang perlu dihadapi oleh mereka yang bergelar artis.

Sumber: My News Hub

0 comments:

Post a Comment