Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, May 10, 2014

No Comment

KAJANG: Tiga lelaki warga India bertindak menyamar sebagai anggota polis sebelum memperkosa seorang wanita selepas berpura-pura mahu memeriksa dokumen pasport milik mangsa.

Dalam kejadian jam 10 malam Rabu lalu, mangsa yang berusia 30-an turut diugut akan dijadikan pelacur oleh suspek yang menculiknya berhampiran sebuah pusat beli-belah di kawasan Bandar Mahkota Cheras di sini.

Sumber polis berkata, mangsa warga India sebelum itu ditahan kumpulan suspek ketika sedang berjalan bersama tunangnya.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan meminta mangsa dan tunangnya menyerahkan pasport untuk diperiksa, namun mangsa memberitahu pasport miliknya tertinggal di rumah.

“Tiga lelaki terbabit kemudian mengarahkan tunang mangsa mengambilnya di rumah jika tidak mahu ditahan,” katanya.

Menurutnya, ketika tunang mangsa berpatah balik ke rumah, wanita terbabit dibawa ke sebuah hotel di Taming Jaya, di sini.

Ketika berada di hotel itu, suspek mengugut mahu menjadikan mangsa pelacur sebelum mangsa diperkosa bergilir-gilir bersama beberapa wanita lain yang berada di situ.

“Bagaimanapun mangsa enggan dan merayu dilepaskan.

Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah lagi hotel di kawasan berhampiran sebelum diperkosa secara bergilir-gilir,” katanya.

Menurutnya, suspek turut merampas wang tunai RM200 milik mangsa sebelum menghantar mangsa ke Balakong dengan menaiki teksi.

Tambahnya, polis yang menerima laporan kejadian itu kemudian segera mengesan suspek sebelum berjaya menahan kesemua mereka di Ampang dan Gombak, semalam.

Sumber: New Malaysian Post

0 comments:

Post a Comment