Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, May 5, 2014

No Comment

SHAH ALAM – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) memilih Selangor sebagai lokasi pertama untuk melancarkan Kedai Koop 1Malaysia bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian golongan berpendapatan rendah.

Anggota Lembaga Pengarah YBK Usahasama Sdn Bhd yang juga anak syarikat YBK, Mohamed Tamin Mohd Yusof berkata koop seliaan Koperasi Kasih YBK Selangor Berhad itu yang mula beroperasi hari ini menawarkan hampir 300 produk keperluan harian bermutu tinggi dengan harga amat berpatutan.

“Setiap produk yang dijual kami utamakan barangan keluaran syarikat bumiputera, namun pelanggan tidak perlu khuatir dengan mutu barangan kerana semua dijamin berkualiti tinggi.

“Disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat, penubuhan koop ini diharap dapat membantu meringankan perbelanjaan semua lapisan masyarakat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kedai itu di Ken Rimba, Seksyen 16 di sini.

Beliau berkata pembukaan koop dengan kos bernilai RM100,000 itu adalah projek ketiga yang dilaksanakan YBK dalam memberi manfaat berterusan kepada seluruh anggotanya.

Mohamed Tamin berkata selain orang awam, sokongan padu setiap anggota koperasi YBK amat diperlukan dalam memastikan kedai koop tersebut dapat terus mengukuhkan kedudukannya dalam bidang peruncitan negara.

“Memang banyak kedai-kedai runcit ternama sedia ada namun kami yakin, dengan sokongan padu ahli koperasi dan golongan berpendapatan rendah, koop ini dapat menembusi pasaran peruncitan dan menjadi antara kedai pilihan rakyat pada masa depan,” katanya.

Selain itu, YBK turut menyasarkan untuk membuka cawangan kedua koop tersebut di Melaka pada masa depan berikutan permintaan tinggi bagi penawaran barangan bermutu pada harga rendah di negeri itu, katanya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment