Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

26
Jun2014
No Comment

NILAI – Lebih 100 pendatang asing tanpa isin (PATI) yang sedang leka menonton perlawanan Piala Dunia antara Nigeria dan Argentina di dua restoran di Mantin di sini, bertempiaran lari apabila diserbu Jabatan Imigresen negeri, tengah malam tadi.

Dalam serbuan jam 12.30 tengah malam itu, seramai 41 PATI iaitu 38 lelaki dan tiga wanita ditahan.

Pengarah Imigresen Faizal Fazri Othman berkata, daripada jumlah itu, seramai 31 adalah warga Nigeria, masing-masing tiga warga Bangladesh dan Pakistan, dua warga Uganda dan masing-masing satu warga Nepal dan Zambia.

Katanya, semua ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan dibawa ke Depoh Tahanan Lenggeng untuk siasatan lanjut.

“Kita turut menjalankan serbuan di dua kawasan rumah kongsi berasingan di Putra Nilai dan menahan 27 warga asing termasuk dua kanak-kanak,” katanya di sini, sebentar tadi.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment