Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

26
Jun2014
No Comment

Kekerapannya melancong ke luar negara membuatkan Maya Karin dianggap sebagai antara selebriti yang sangat mewah berbelanja. Akui aktres jelita ini, dia memang gemar melancong ke luar negara bagi menenangkan fikiran dan melepaskan lelah seketika setelah penat menjalani satu, satu penggambaran filem. Tetapi setiap kali sebelum ke destinasi pilihan, aktres jelita ini pasti akan singgah dahulu di London beberapa hari.

Persinggahannya untuk beberapa hari di kota itu biasanya kerana menjenguk adik perempuannya yang menetap di sana. Hai, takkan sebab nak jenguk adik jer Maya? Macam ada seseorang istimewa saja di sana…?

Mendengar usikan pihak media itu, Maya seperti sudah dapat mengagak seseorang yang istimewa itu yang tentunya ‘kata nama lain’ bagi perkataan kekasih. Sambil mengukir senyuman Maya berkata,

“Kekasih? Saya ke sana melawat adik saya, sambil-sambil itu saya ada menjalankan perniagaan di sana. Kemudian dari sana baru saya bertolak ke destinasi percutian saya. Selain tu sebenarnya baru berjinak-jinak dalam perniagaan jual rumah. Saya beli rumah, saya buat pengubahsuaian dan kemudian saya jual semula rumah tu. Boleh lah dapat untung dalam 40% ke 50% untuk sebuah rumah.

“Setakat ni kalau di London, saya sudah berjaya menjual sebuah rumah. Tapi kalau di Malaysia, saya sudah menjual enam buah rumah”, dedah Maya mengenai punca kekerapannya ke London namun tetap berahsia tentang soal sama dia punya kekasih di sana atau tidak.

Pemilik nama sebenar Maya Karin Roelcke, 34, ini ditemui pada majlis pelancaran filem ‘Lagenda Budak Setan 3′ (LBS3) dan Kad Amal Redbox bertempat di Redbox Sogo, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu kongsi heroin LBS3 ini lagi, dia dilarang oleh ibunya berbelanja lebih daripada RM10,000 setiap kali melancong ke luar negara. Sebaliknya dia sering dinasihati supaya memanfaatkan wang yang diperolehi dengan membuat pelaburan untuk kesenangan masa depan.

“Ibu saya, dia yang selalu ingatkan saya supaya buat pelaburan. Kalau saya pergi bercuti ke luar negara, dia tak bagi saya belanja lebih daripada RM10,000. Kata ibu saya, ‘duit kena buat duit’. Itulah sebabnya saya buat perniagaan property secara perlahan-lahan. Sebab itu saya kerap ulang alik ke London.

“Tapi tak dinafi, kadang-kadang tu kalau ke luar negara saya beli juga barang berjenama seperti beg tangan dan baju yang saya suka dan kualitinya bagus. Saya ada beberapa koleksi berjenama yang saya minati. Tapi tidak lah selalu saya berbelanja begitu”, katanya.

Sumber: Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment