Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 26, 2014

26
Jun2014
No Comment

Selama ini setiap kali diajukan soalan bilakah dia mahu menamatkan zaman anak daranya, pelakon cantik Anzalna sekadar tersenyum dan mengatakan semoga jodohnya bersama jejaka pilihannya, Hanif Zaki dipercepatkan.

Sudah lama juga Anzalna menjalin cinta dengan jejaka kelahiran ibu kota itu. Dulu kerap juga dia membawa kekasihnya itu di acara-acara hiburan. Tetapi sejak akhir-akhir ini heroin drama ‘Aku Isterinya’ ini jarang sekali ditemani Hanif.

Ditanya mengenai perkembangan hubungan mereka, Anzalna memberitahu hubungan mereka seperti biasa. Masing-masing sibuk dengan kerjaya.

“Alhamdulillah, hubungan kami okay. Semuanya berjalan lancar. Dia pun sekarang ni sibuk bekerja sebab tu dia dah semakin jarang temankan saya di majlis-majlis sebegini”, jelas Anzalna ketika ditemui pada majlis pelancaran Kosmetik Fesyen Pertama Malaysia, Airish Miracle di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

“Kalau tiada aral, kami nak kahwin tahun depan. Alhamdulillah, sekarang ni saya dah mampu memiliki aset seperti rumah dan kereta. Itu memang target saya sebelum berkahwin sebab saya tak mahu nanti hanya bergantung pada suami

“Sekarang ni saya tunggu ibu bapa saya pulang dari United Kingdom dulu. InsyaAllah selepas itu saya dan dia akan melangsungkan perkahwinan. Majlis akan diadakan di Kuala Lumpur”, tambah Anzalna lagi ketika ditanya mengenai perancangan masa depan.

Bantu Pesakit Kanser

Dalam pada itu, aktres berdarah campuran Cina-Melayu -Punjabi ini sibuk dengan persiapan untuk aktiviti amal kebajikan yang akan dijalankan pada bulan Ramadan nanti.

Jelas Anzalna, dia bersama beberapa rakan akan melawat kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser di hospital-hospital terpilih dan menghulurkan bantuan berupa makanan dan permainan serta sumbangan sejumlah wang. Selain itu, aktiviti amal kebajikan ini juga akan dialankan di beberapa rumah orang-orang tua sekitar ibu kota.

“Sebenarnya ini tahun ketiga saya buat aktiviti ni. Tahu lalu saya diundang menyertai aktiviti amal kebajikan yang dijalankan kerabat diRaja Selangor. Tapi tahun ini saya bergerak sendiri. Perancangannya, saya bersama beberapa rakan dan juga fans club saya akan mengutip derma juga sumbangan daripada orang ramai. Kemudia kami akan serahkan pada mereka yang memerlukan.

“Saya pilih kanak-kanak yang mengidap penyakit kanser kerana pada aktiviti kebajikan lalu, saya ada melawat kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini. Hati saya tersentuh bila melihat penderitaan mereka. Kanak-kanak yang hidupnya tipis dan bila-bila masa saja akan menemui ajal. Saya tak boleh tengok mereka lama-lama. Saya sedih. Kerana tu saya terpanggil untuk menghulurkan bantuan setakat mana yang saya mampu”, katanya.

Tambahnya lagi, untuk aktiviti amal kali ini sasaran sumbangan derma yang mahu dikumpul sebanyak sekurang-kurangnya RM10,000. Bagi peminat yang ingin menyumbang apa jua bentuk sumbangan, boleh mengikuti perkembangan di laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter Anzalna.

Sumber: Malaysian Digest

0 comments:

Post a Comment