Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, June 18, 2014

No Comment
ANTARA 31 mangsa yang berjaya diselamatkan dalam kejadian sebuah
tongkang yang membawa seramai 97 pendatang tanpa izin, karam
di perairan Sungai Air Hitam, di Banting, tengah malam tadi. - Foto NSTP
SHAH ALAM: Sebuah tongkang yang membawa seramai 97 pendatang tanpa izin, karam di perairan Sungai Air Hitam, di Banting, tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam itu, seramai 31 pendatang tanpa izin berjaya diselamatkan, manakala baki 66 orang lagi masih hilang. 

Operasi menyelamat sedang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dengan dibantu oleh anggota Bomba dan Penyelamat Banting. 

Difahamkan, tongkang berkenaan turut membawa wanita dan kanak-kanak dan dipercayai memasuki Malaysia menerusi Selat Melaka secara haram.

Sementara itu, jurucakap APMM berkata, setakat ini tiga bot penyelamat sudah dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan kerja mencari dan menyelamat.

Sumber: BH Online

0 comments:

Post a Comment