Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 6, 2014

No Comment

Satu analisis bebas yang dijalankan mengesahkan pasukan pencarian sedang melaksanakan operasi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di lokasi yang betul.

Berita pengesahan itu muncul kira-kira seminggu selepas Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengeluarkan kenyataan bahawa kawasan pencarian yang turut dikesan isyarat akustik boleh disahkan sebagai bukan lokasi pesawat itu berakhir.

Pasukan pencarian bagaimanapun tetap yakin bahawa pesawat itu ada satu lokasi sepanjang laluan di koridor selatan di Lautan Hindi seperti analisis yang dilakukan syarikat satelit Britain, Inmarsat.

Ia diputuskan melalui isyarat satelit terakhir yang dihantar pesawat MH370 kepada Inmarsat yang dikenali sebagai “handshake”.

“Ketika pesawat itu tiba di kawasan laluan koridor selatan, pesawat itu boleh dianggap sudah kehabisan bahan bakar dan dalam penerbangan menjunam,” kata ATSB dalam satu kenyataan di laman webnya.

Berkemungkinan pesawat itu berada di kawasan tidak lebih dari 38km atau 55km timur laluan berkenaan.

Analisis itu akan dikaji dalam minggu-minggu akan datang untuk memperkecilkan kawasan pencarian kepada kira-kira 60,000km persegi.

Sumber: Ibnu Khusairy Aris / My News Hub

0 comments:

Post a Comment