Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 6, 2014

No Comment


KUALA LUMPUR – Polis hari ini menafikan ada melantik individu tertentu sebagai ejen bagi menyelesaikan saman dengan kadar rendah seperti yang diiklankan dalam laman sosial baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Low Hong Soon berkata, orang ramai jangan terpedaya dengan iklan terbabit yang bertujuan mengaut keuntungan semata-mata.

“Sebaiknya mereka perlu membuat semakan dengan polis terlebih dahulu agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan serah terima tugas Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H.S Lee di sini, hari ini.

Sindiket itu dikatakan mengiklankan tawaran diskaun antara 10 hingga 50 peratus bayaran saman dalam laman sosial termasuk “Facebook”.

Low berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu dan sekiranya benar, polis akan mengambil tindakan di bawah Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

Pada majlis hari ini Ketua Polis Daerah Arau, Perlis, ACP Mohd Nadzri Hussain dilantik sebagai Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa hari ini menggantikan ACP Rusli Mohd Noor yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Mohd Nadzri, 52, yang berasal dari Sik, Kedah, telah berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia selama 30 tahun dan pernah menjawat beberapa jawatan termasuk Inspektor Siasatan Tatatertib, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Pegawai Turus Trafik Perak.

Sementara itu, Low berkata dengan pelantikan Mohd Nadzdri itu, beliau diharap mampu memacu kecekapan PDRM dalam meneruskan kesinambungan legasi Ketua Polis Trafik sebelum ini.

Low dalam pada itu berkata sepanjang Januari hingga hujung bulan lepas, polis telah mengeluarkan kira-kira 200,000 saman kepada pesalah-pesalah trafik di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya lagi, penunggang motosikal merupakan penyumbang terbesar kadar kemalangan maut apabila 227 orang terbunuh pada tahun lepas sementara 91 kematian dicatat sejak Januari tahun ini. 

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment