Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 6, 2014

No Comment

RAMAI rakyat Filipina mula melahirkan rasa kurang senang dengan label ‘pembantu rumah’ pada satu halaman buku teks sekolah rendah di Hong Kong.

Ia dipaparkan menerusi gambar yang mula viral di laman sosial dengan ayat yang berbunyi:

“I am Filipino. I am a domestic helper in Hong Kong.”


Menurut seorang blogger yang juga aktivis di Britain, Tom Grundy, ia seolah-olah cuba menimbulkan stereotaip dan merendah-rendahkan etnik minoriti di negara itu.

Pada Jun tahun lalu, peminat bola sepak Hong Kong pernah mengejek pasukan Filipina, Azkals dengan menggelar mereka sebagai ‘bangsa hamba’.


Sementara itu, percubaannya untuk menghubungi syarikat penerbitan buku itu di Singapura tidak berjaya kerana mereka enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

Sumber: GMA News Online / Elza / My News Hub

0 comments:

Post a Comment