Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment

Geneva – Seorang pembunuh berketurunan Perancis yang berjanji menyerah diri semula dalam masa beberapa hari selepas melarikan diri daripada penjara di Switzerland, menunaikan janji yang ditulisnya dalam sepucuk surat, kata pihak berkuasa.

Lelaki berusia 38 tahun itu, yang menjalani hukuman 15 tahun penjara kerana membunuh seorang pelacur, mencetuskan usaha mencari besar-besaran apabila beliau tidak kembali Ahad lalu selepas menghabiskan masa seharian bekerja di luar penjara itu.

Dalam surat yang dialamatkan kepada ibunya, beliau memberitahu perlu bebas selama empat atau lima hari dan berjanji menyerah diri sebaik puas ‘menyedut udara’.

“Saya akan berkelakuan baik ketika di luar,” janjinya dalam surat itu.

Memegang kepada janji itu, beliau kembali ke penjara lewat kelmarin, kata pihak berkuasa Geneva dalam satu kenyataan.

“Seperti yang dijanjikan sebelum itu, beliau kembali ke penjara selepas gagal berbuat demikian empat malam lalu,” menurut kenyataan itu.

Pembebasan awal bersyarat lelaki terbabit, yang didapati bersalah pada 2005 menikam mangsa 110 kali, ditolak Mac lalu.

Berikutan tindakan itu, beliau akan dipindahkan ke penjara tertutup, tetapi hukumannya yang dijangka berakhir pada 2019, tidak akan dipanjangkan, kata pihak berkuasa.

Sumber: AFP

0 comments:

Post a Comment