Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment

Moncton – Lelaki yang disyaki menyebabkan kematian tiga anggota Polis Diraja Kanada (RCMP) dan mencederakan dua lagi dalam kejadian berbalas tembak di timur Kanada berjaya ditahan awal semalam, kata polis.

Justin Bourque ditahan sekitar jam 12.30 pagi, kata jurucakap RCMP, Paul Greene. Pihak berkuasa mengenalpasti Justin, 24 sebagai suspek selepas kejadian berbalas tembak Rabu lalu di bahagian barat laut bandar berkenaan. Serangan ke atas polis yang turut digelar Mountie itu adalah yang terburuk sejak hampir sedekad lalu.

Seorang penduduk, Michelle Thibodeau berkata dia ternampak lelaki dari Moncton itu ditahan di depan laman rumahnya. Michelle, 21, berkata dia terdengar suspek berkata, “saya menyerah,” sebelum ditahan pegawai polis bersenjata.

Bandar Kanada dengan 60,400 penduduk itu yang biasanya tenang kini diselubungi ketakutan dan penduduk mengunci diri dan berkumpul di rumah sementara Mounties giat melakukan rondaan di jalan-jalan.

Motif tembakan masih belum diketahui. Jiran suspek menggambarkan beliau sebagai lelaki yang suka menyendiri, suka mengumpul senjata dan gemar memburu burung dan rusa.

“Dia tidak pernah terlepas satu musim pun,” kata Kerry Fitzpatrick, yang tinggal setengah blok dari tempat tinggal Bourque dan berada di rumah ketika dia terdengar bunyi tembakan.

“Dia hilang pertimbangan. Lelaki itu hilang pertimbangan,” kata Fitzpatrick. Bourque yang lengkap dengan senjata api lama berkuasa tinggi, dikesan tiga kali Khamis lalu namun masih mampu melepaskan diri dihidu polis yang menutup bandar yang terletak kira-kira 290 kilometer di timur sempadan Maine.

Polis masih belum mengesahkan identiti tiga pegawai yang terbunuh malam Rabu lalu selepas menerima panggilan mengenai lelaki bersenjata. Dua lagi pegawai yang cedera juga masih dirahsiakan.

Sumber: AP

0 comments:

Post a Comment