Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 7, 2014

No Comment

BANGKOK – Kementerian Perdagangan Thailand menyatakan semalam bahawa harga kebanyakan barangan pengguna di negara itu tidak akan dinaikkan selama enam bulan sehingga November depan.

Pembekuan kenaikan harga tersebut dibuat bagi menurunkan kos sara hidup selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan keyakinan pengguna.

“Para pengeluar 205 produk yang diklasifikasi sebagai barangan keperluan pengguna bersedia untuk membekukan harga selama enam bulan,” kata Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan Thailand, Srirat Rastapana selepas mengadakan pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat dan persatuan perniagaan.

Srirat merupakan pemangku menteri di bawah kerajaan junta tentera yang merampas kuasa di Thailand pada 22 Mei lalu.

“Antara produk berkenaan termasuk minuman, beras, minyak kelapa sawit, makanan segera, produk tenusu, produk isi rumah dan makanan haiwan serta baja,” katanya.

Penduduk Thailand sebelum ini mengadu tentang kenaikan kos sara hidup walaupun keyakinan pengguna meningkat selepas rampasan kuasa tersebut.

Dalam pada itu, ekonomi Thailand mengecut sebanyak 2.1 peratus dalam suku pertama tahun ini berbanding tiga bulan sebelumnya akibat krisis politik dalaman yang berlanjutan selama berbulan-bulan.

Junta tentera juga mengumumkan, seorang pemimpin antirampasan kuasa, Sombat Boonngamanong ditangkap kelmarin di Chonburi, tenggara Thailand.

Sombat akan berdepan dakwaan membantah arahan untuk melaporkan diri kepada junta.

Jika disabit kesalahan, dia akan dihukum penjara dua tahun.

Thailand juga akan mempunyai Perdana Menteri dan Kabinet dalam tempoh tiga bulan.

Perkara itu dimaklumkan kepada sekumpulan ahli perniagaan Cina oleh ketua junta yang juga Panglima Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha.

Sumber: Agensi

0 comments:

Post a Comment