Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pesalah trafik yang disaman kerana cermin gelap, sebelum undang-undang baharu mengenainya dipinda, masih perlu membayar saman mereka.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, kesalahan trafik cermin gelap yang lepas tetap dikira salah kerana ia masih lagi mengikut kadar ketelusan cahaya 70 peratus bagi cermin depan dan 50 peratus bagi lain-lain cermin.

“Kerajaan telah memberi perakuan bahawa pindaan kepada ketelusan cahaya itu akan dibuat tetapi apa pindaan itu kita tidak pasti lagi,” tambah beliau.

Katanya polis menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan akan menangguhkan operasi cermin gelap ini sehingga mendapat laporan mengenai ketelusan cahaya yang dibenarkan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvoi bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama 1Malaysia for Youth (1M4U) di sini, hari ini.

Acara itu ialah siri ke-5 selepas Selangor, Pahang, Perak dan Kedah yang dikendalikan oleh Cawangan Trafik Bukit Aman dengan kerjasama 1Malaysia For Youth (iM4U) bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutama golongan muda supaya berdisiplin di jalan raya dan menghormati pengguna jalan raya yang lain.

Sebanyak 80 penunggang termasuk 40 anggota polis menyertai konvoi ke Tanjung Mas, Muar, Johor itu.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment