Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 13, 2014

No Comment

Gaya hidup masyarat Malaysia kini telah menjejaskan gaya pemakanan yang seimbang dan sihat. Faktor seperti kesibukan bekerja, jadual harian yang terlampau padat dan sebilangan wanita yang bergelar isteri semakin banyak bekerjaya menyebabkan kurangnya pengambilan makanan yang dimasak sendiri di rumah.

Bagi kebanyakan orang, mereka pasti akan memilih jalan mudah iaitu membeli makanan segera seperti KFC, Mcdonals, Marry Brown, Pizza Hut, dan Burger King kerana ianya mudah dan cepat disediakan.

Namun, sekiranya anda meneliti dengan bijak, mampukah makanan sebegini menyaingi khasiat makanan yang dimasak di rumah? Atau hanya memberi kelazatan semata-mata.

Diantara keburukan memilih makanan segera sebagai diet utama ialah kandungan Monosodium Glutamat (MSG) nya yang tinggi. MSG merupakan penambah perisa yang amat berbahaya kepada kesihatan manusia. Golongan yang menggunakan MSG sebagai penambah perisa dalam makanan lebih berisiko tinggi untuk berdepan masalah seperti obesiti, darah tinggi dan sakit jantung berbanding mereka yang tidak mengambilnya walaupun melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan kalori yang sama.

Mari kita lihat faktor-faktor masyarakat memilih makanan segera.

Kelazatan

Memang tidak dinafikan kebanyakan makanan segara mempunyai rasa yang mampu menarik kita untuk mencubanya. Selain itu, rasa makanan segera yang lazat menyebabkan pengguna akan ketagih untuk menikmatinya terutama golongan kanak-kanak dan remaja. Hal ini kerana, terdapat perasa tambahan dan pewarna tiruan digunakan untuk melazatkan lagi sesuatu produk makanan tersebut. Contohnya, minuman kola amat kaya dengan kandungan gula iaitu 14 sudu teh gula, pewarna kimia dan kafein bagi setiap botol besar. Minuman ini tidak mempunyai sebarang nilai khasiat tetapi disebabkan rasanya yang enak menyebabkan kanak-kanak dan remaja memilihnya sebagai minuman walhal mereka memerlukan nutrien yang tinggi dalam pembesaran.

Kesibukan hidup

Kesibukan masyarakat terutamanya di bandar kini telah mendorong mereka memilih makanan segera yang lebih mudah disediakan. Pengguna lebih gemar membeli makanan yang telah siap sedia kerana apabila pulang sahaja dari bekerja, mereka tidak perlu lagi menyiapkan makanan di rumah. Selain itu, makanan yang ditin dan dipekkan juga menjadi sajian harian kerana mereka hanya perlu memanaskan sahaja. Hal ini menyebabkan pengguna tidak mempedulikan lagi makanan yang seimbang asalkan ia menjimatkan masa dalam penyediaannya.

Iklan dan promosi

Kewujudan produk-produk makanan segera yang kini dikatakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan telah menarik pengguna untuk memilih pelbagai makanan yang digemari. Hal ini kerana pelbagai iklan telah di paparkan termasuk di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen. Iklan makanan segara dikatakan sangat kreatif yang mampu menarik minat si celik dan dewasa.Produk makanan segera seperti mee segera, burger, sosej, kentang goreng pula boleh didapati dimana-mana. Di perhentian bas, pasaraya, kantin sekolah dan juga stesen minyak turut menjual makanan seperti ini. Setiap produk makanan terbaru yang dikeluarkan oleh rangkaian makanan segara telah mendapat publisiti dan promosi yang meluas. Hal ini menyebabkan masyarakat tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya sendiri.

Sumber: hzqahmd

0 comments:

Post a Comment