Gambar Hiasan
Petaling Jaya: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Kad Pelajar Antarabangsa atau I-Card untuk penuntut luar negara yang belajar di institusi pendidikan tinggi di negara ini, hari ini.
Kad yang dikeluarkan Jabatan Imigresen yang berkuat kuasa 1 Julai itu mengandungi maklumat peribadi penuntut seperti nama, tarikh lahir, nombor pasport, institusi, tarikh tamat pas serta gambar.
Beliau berkata, kad berkenaan sebagai langkah keselamatan selain bertujuan memenuhi keperluan serta menjaga kebajikan mereka yang menuntut di negara ini.
Beliau berkata, kerajaan memberi tumpuan kepada pendidikan tinggi swasta, apatah lagi negara kini menjadi tumpuan penuntut luar negara yang berminat menyambung pengajian di negara ini.
Menurutnya, daripada 156 institusi pendidikan swasta di negara ini pada 1992, kini terdapat lebih 533 institusi seperti universti, kolej university dan kolej di seluruh negara.
"Jumlah penuntut semakin meningkat malah graduan yang berjaya menamatkan pengajian daripada 230,000 graduan pada 1990 kini mencecah sejuta graduan," katanya.
Sumber - myMetro
0 comments:
Post a Comment