Gambar Hiasan
Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 63 tahun yang hidup bergelandangan sejak lebih 10 tahun lalu ditemui mati di Jalan Meldrum, di sini, 6 petang semalam.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, beberapa kakitangan jabatan itu menemui lelaki berkenaan ketika menjalankan operasi menyelamatkan gelandangan di sekitar pusat bandar raya.
Beliau berkata, pada awalnya, lelaki berkenaan disangka terbaring dalam keadaan mabuk.
"Kakitangan JKM khuatir apabila lelaki berkenaan dalam keadaan kaku sebelum menghubungi polis dan hospital berhampiran.
"Lelaki berkenaan yang disahkan meninggal dunia itu pernah hidup bergelandangan lebih 10 tahun lalu dan kerap dilihat dalam keadaan mabuk.
"Lelaki berkenaan pernah mendapatkan perlindungan di Desa Bina Diri Mersing beberapa tahun lalu namun memilih untuk kembali hidup bergelandangan, " katanya.
Sumber - myMetro
0 comments:
Post a Comment