Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dibelasah kira-kira 30 rakannya dalam kejadian di tapak projek pembinaan rumah di Jalan Ara Kuda, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an maut apabilanya lehernya dijerut wayar selain turut ditikam di badan.

Selain itu, seorang lagi rakan mangsa parah dan kini masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu tercetus antara dua puak iaitu antara Myanmar Budha dan juga Myanmar beragama Islam.

“Kita percaya mereka ini mungkin sudah berdendam ketika berada di negara sendiri dan bergaduh sesama sendiri ketika berada di sini.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi.

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment