Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

Lenovo boleh dikatakan merupakan salah satu nama yang sedang meningkat naik dikalangan pengguna, terutamanya pengguna telefon pintar baru di Malaysia.

Terkini, mereka telah memperkenalkan sebuah telefon pintar baru, dinamakan sebagai Lenovo K920.

Lenovo K920 membawakan skrin bersaiz 6-inci dengan resolusi 2560×1440 pixel. Peranti ini merupakan antara telefon pintar dengan skrin 2K di pasaran pada hari ini. Melengkapkan peranti ini adalah cip pemprosesan Snapdragon 801 2.5Ghz, serta dilengkapi memori 3GB RAM. Untuk bahagian belakang, ia menyertakan kamera 16-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel.

Seperti biasa, telefon pintar ini menggunakan Android 4.4 KitKat, dan turut hadir dengan antaramuka khusus daripada pihak Lenovo.

Buat masa ini ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Lenovo akan membawanya masuk ke pasaran Malaysia ataupun peranti ini akan hanya khusus untuk pasaran di China sahaja.



Sumber: hzqahmd

0 comments:

Post a Comment