Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 14, 2014

No Comment

Terkini dikesan yang mana sebuah laman web lucah dari negara seberang yang memaparkan gambar-gambar kartun beraksi lucah telah tersebar di kalangan remaja-remaja kita.

Menurut akhbar tempatan harian perkara ini telah dikesan oleh seorang bapa di Cheras apabila mendapati anaknya itu melayari laman tersebut.

Bahayanya laman ini kerana ia memaparkan karikatur beraksi lucah dengan gambaran mereka beragama Islam yang mana watak-watak wanitanya itu bertudung dan ada diantara watak lelakinya pula beserban. Selain itu aksi-aksi terlarang yang ditunjukkan itu juga seperti dilakukan bersama ahli keluarga sendiri termasuklah aksi ibu dan anak serta datuk dan cucu.

Yang tidak masuk akalnya ialah banyak komen-komen positif pada laman tersebut tentang perkara ini yang mana dianggap satu seni dan perlu diperbanyakkan lagi karya-karya seperti ini.

SiakapKeli amat berharap sekiranya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan dengan kadar segera menyekat akses ke laman tersebut dari Malaysia. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh mempengaruhi masyarakat kearah sumbang mahram. Selain itu karya-karya seperti itu juga seperti menghina dan memburuk imej masyarakat Islam. - SiakapKeli.com


0 comments:

Post a Comment