Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 13, 2014

No Comment

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta di parkir berhampiran sebuah bank di Jalan Utama, Rasah ke Seremban hari ini.

Mayat itu berada di tempat duduk penumpang bahagian depan dan belum diketahui identitinya.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata kereta itu dipercayai berada di situ lebih daripada tiga hari.

Mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Zainal Abu, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata polis sedang menyiasat kes itu dari semua sudut bagi mengetahui punca kematian mangsa dan meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga menghubungi balai polis berhampiran.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment